Wednesday, 16 October 2013

TAMAN BOTANI DAN GOTONG-ROYONG 2013

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Selamat bertemu kembali...

Apa khabar kepada semua pembaca? Terima kasih kerana mengikuti blog ini. Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan akan sentiasa mendapat keredhaan Allah di samping keikhlasan hati yang kita sahaja mengetahuinya.

Bagi aktiviti bulan Oktober 2013, PAPN Pokok Sena telah mengadakan satu program bersempena tema bulan Oktober iaitu Alam Sekitar. Program ini telah di laksanakan pada 10 Oktober 2013 yang bermula seawal jam 8.30 pagi. Penglibatan daripada semua anak-anak PAPN Pokok Sena dan ibubapa mereka adalah amat digalakkan.

 Taman Botani yang sedang di susun atur


Program yang di jalankan adalah Taman Botani dan Gotong Royong bagi menceriakan lagi suasana pusat dengan pokok bunga-bungaan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak secara langsung mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kegunaan pokok yang di tanam. Secara tidak langsung juga memberi kesedaran kepada ibubapa untuk lebih menghargai tanaman hijau di sekitar mereka.

Taman Botani ini adalah untuk menanam pokok bunga-bungaan yang pelbagai jenis. Pokok-pokok ini telah di sumbangkan oleh setiap keluarga sebanyak 2 jenis pokok bunga. Bunga-bunga ini disusun di bawah nursery pokok yang telah di bina oleh En Rashid dan En Anuar.

Bagi memastikan program ini berjalan lancar, kumpulan kerja telah di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu satu kumpulan membersihkan longkang di sekitar pusat, satu kumpulan merapikan pokok-pokok di Taman Herba dan satu kumpulan lagi menghias nursery Taman Botani menjadi satu taman yang tersusun.

 Antara kawasan yang di bersihkan



Perapian pokok-pokok yang telah di tanam di Taman Herba adalah untuk memastikan pokok yang di tanam tidak mati dan terbiar begitu sahaja. Ini kerana kebanyakan pokok-pokok yang telah di tanam mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu menyembuhkan penyakit secara tradisional.

 Merapikan Taman Herba


Program ini adalah untuk menanam semangat cintakan alam dan kehijauan di dalam minda anak-anak PERMATA Pokok Sena. Anak-anak juga di tanamkan sifat kebersihan di dalam diri masing-masing. Kanak-kanak juga di galakan membantu para ibubapa dan pendidik dalam proses membersihkan pusat, tempat di mana kanak-kanak ini belajar.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan projek Taman Botani ini. Sehingga kita bertemu di lain masa. Sampai di sini sahaja pada kali ini.

Assalamualaikum semua.

Saturday, 7 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA RAYA

Asaalamualaikum dan Salam Kemerdekaan.

Apa khabar para pembaca sekalian. Di harap para pembca sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tidak terlambat untuk kami mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, negara kita masih lagi berada di dalam suasana harmoni dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.

Bagi memeriahkan Hari Kemerdekaan Negara, pihak pusat juga telah mengadakan program Sambutan Merdeka-Raya 2013 yang telah diadakan pada 29  Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menceriakan suasana Sambutan ini. Terima kasih kepada ibubapa yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan program ini.

Program ini telah di adakan pada waktu malam. Namun pada pagi hari, para pendidik telah membuat perarakan kemerdekaan bersama anak-anak PERMATA dan juga pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Majlis pada malam hari dimulakan dengan bacaan doa dan Persembahan lagu Kemerdekaan oleh Anak-anak Permata. Sebanyak tiga buah lagu yang di persembahkan iaitu Lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Balik Kampung.

Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pertandingan yang di buat ialah "Keluarga Sedondon", Pertandingan Menganyam Ketupat Palas oleh kaum bapa dan juga Pertandingan Mengupas Buah Epal oleh kaum ibu.
Pertandingan Menganyam Ketupat












Pertandingan Mengupas Buah Epal


Pelbagai juadah yang di sediakan sempena Majlis ini. Antara juadah yang di sediakan ialah Bihun Sup, Roti John, Ais Kacang, Ketupat dan juga Dadih. Majlis di sudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


 Sekian untuk kali ini. Sehingga bertemu di lain hari. Senyum-senyum selalu. Assalamualaikum...

Tuesday, 3 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar para pembaca sekalian. Sudah agak lama blog ini menyepi. Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak pusat telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa dan Bacaan Yasin. Majlis ini telah di adakan pada 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H iaitu pada hari Khamis malam Jumaat. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pendidik dan ibubapa. Bacaan Yasin pula diadakan bagi menyambut ulangtahun yang ke-dua pusat ini di buka. Bagi memeriahkan majlis, pihak pusat telah menjemput Imam Masjid Pokok Sena bagi memberi sedikit ceramah mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran. Alhamdulillah, ramai ibubapa serta anak-anak PAPN Pokok Sena yang menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis ini di samping dapat menambahkan ilmu. Sewaktu berbuka, ibubapa di berikan sedikit kurma dan air mineral sebelum mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, para jemputan dan ibubapa di minta untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh pihak pusat selain sedikit pencuci mulut yang di bawa olah para ibubapa. Di harap, majlis seperti ini dapat di teruskan di lain masa.

Sekian sahaja pada kali, sehingga bertemu di lain hari. Jazakumullah Khairan Kasiran....

Saturday, 13 July 2013

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Bertemu kembali kita pada hari ini. Alhamdulillah di ucapkan atas kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. sebuah lagi majlis telah diadakan di PAPN Pokok Sena sempena Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa di mana perjalanan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Pada peristiwa inilah, umat Islam telah di perintahkan untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Ceramah ini telah di adakan di PAPN pada 27 Jun 2013 bersamaan 18 Syaaban 1443H. Pihak pusat telah menjemput En Noran Zamini sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang di sampaikan adalah mengenai peristiwa Israk Mikraj dan sedikit ceramah mengenai cara menangani emosi bersama anak.













Persembahan nasyid anak-anak PERMATA












En Noran bergambar kenangan bersama anak-anak PERMATA

Pelbagai persembahan telah di sediakan. Antaranya ialah Persembahan Nasyid oleh anak-anak PERMATA 4 tahun, deklamasi sajak oleh Pn Saliha dan Puan Rodziah yang bertajuk "Sungguh Muhammad" dan "Meredah Malam".


Majlis diteruskan dengan sedikit jamuan makan tengahari iaitu Nasi Carrot, Rendang Ayam dan Acar Timun. Majlis di akhiri setelah semua ibubapa selesai menikamati hidangan tengahari.












Jamuan makan tengahari. Para bapa makan bersama En Noran



Sehingga bertemu di lain hari. Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua warga PAPN Pokok Sena dan semua warga PERMATA di seluruh negara.

Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, 9 June 2013

SUKANEKA 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar semua pembaca blog PAPN Pokok Sena? Di harap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Program bagi penghujung bulan Mei ialah Sukaneka sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

Program ini telah diadakan pada 30 Mei 2013. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dan anak-anak PERMATA berkumpul bagi menyanyikan lagu nyanyian pagi iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu PERMATA dan lagu Satu Malaysia.

Setelah nyanyian pagi, ibubapa di hiburkan dengan persembahan tarian Gangnam Style oleh anak-anak PERMATA 4 tahun yang di pimpin oleh adik Mumtasz. Majlis di mulakan dengan acara Mengutip Bola bagi anak-anak 2 tahun. Kemudian, acara di teruskan dengan acara membawa bola dalam sudu dan bouncing ball oleh anak-anak 3 tahun. Acara bagi anak-anak 4 tahun telah di bahagikan kepada tiga iaitu acara explorace, acara memakai baju serta acara bawa bola guna gelung dan tuju botol.

Majlis berehat sebentar untuk menjamu selera sarapan pagi. Majlis di mulakan semula dengan acara bagi ibubapa pula iaitu acara makan buah epal. Acara kedua pula ialah acara Pasangan Serasi. Acara ini memerlukan ibu atau bapa membawa pasangan masing-masing. Peserta di minta untuk mengikat kaki dan berlari sambil membawa big ball. Pasangan yang sampai dahulu di kira sebagai pemenang.

        Acara anak 3 tahun

Acara seterusnya ialah acara Anak Solek Mak. Anak-anak PERMATA yang terlibat diminta untuk menyolek muka ibu mereka menggunakan alat solek yang di bawa sendiri. Solekan  paling banyak warna di kira sebagai pemenang.






Ibubapa dan pendidik sedang menjamu selera

 
Hasil Solekan Anak untuk Mak

Setelah itu, acara di sambung pula dengan acara Lari Guna Tempurung. Peserta diminta untuk berjalan di atas tempurung sampai ke penghujung garisan. Peserta yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Seterusnya ialah acara Lari bawa Bola guna Peha. Acara ini terbuka kepada kaum bapa. Peserta diminta untuk mengepit bola menggunakan peha dan berlari sehingga ke garisan penamat. Siapa yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Setelah selesai semua acara, kini tiba pula untuk acara terbuka iaitu acara Musang Berjanggut. Penyertaan di buka kepada semua ibubapa dan di dalam satu kumpulan mempunyai seramai 4 orang ahli. Peserta diminta untuk mengelas bahan yang telah di gaul di dalam talam dan masa yang di peruntukkan adalah 15 minit. Kumpulan yang paling banyak mengelaskan bahan dikira sebagai pemenang.
Para peserta sedang khusyu' mengasingkan bahan dalam acara Musang Berjanggut.

Akhir sekali adalah acara penyampaian hadiah yang telah di sampaikan oleh Pengerusi PIBP Pokok Sena iaitu Pn Rosilah Osman. Acara di selang dengan cabutan bertuah untuk semua ibubapa.
Acara penyampaian hadiah oleh Pengerusi PIBP, Pn Rosilah

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Penyertaan dari semua ibubapa terutamanya kaum bapa amat memberangsangkan. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan tali silaturahim di antara pendidik dan ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena. Bertemu lagi kita di lain masa.

Assalamualaikum w. b. t.

Friday, 7 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Bertemu kembali kita pada hari ini. Berlalu sudah bulan Mei yang mana terdapat pelbagai sambutan hari dan perayan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Wesak dan juga tidak lupa Pesta Keamatan iaitu Pesta Menuai yang di sambut oleh warga negeri Labuan dan negeri Sabah.

Begitu juga dengan pusat PAPN Pokok Sena yang juga menjalankan pelbagai program bagi meraikan hari tersebut. Pada 16 Mei 2013, pihak pusat telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang bertemakan GGuru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda. Sambutan ini di sambut oleh pendidik bersama anak-anak PERMATA. Pelbagai acara yang telah di susun oleh pendidik untuk di raikan bersama anak-anak PERMATA.

Program ini telah di mulakan dengan nyanyian pagi oleh anak-anak PERMATA bersama pendidik. Kemudian, pendidik membuat persembahan lagu "Guru Malaysia" bagi menghiburkan hati kanak-kanak. Kanak-kanak juga di jemput untuk memberi ucapan kepada pendidik mereka. Setelah selesai, kanak-kanak di bawa ke padang untuk melakukan acara sukaneka bersama dengan pendidik.


 Jamuan ringan bersama anak PERMATA



Setelah selesai sukaneka, sedikit jamuan ringan di sediakan. Kanak-kanak dan pendidik membawa sedikit makanan ringan bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Kanak-kanak bersama-sama dengan pendidik menjamu selera dengan menu Nasi Goreng Ayam dan makanan ringan di samping dua biji kek yang di sumbangkan oleh ibubapa kanak-kanak kepada pendidik.

Sambutan Hari Guru ini adalah bagi menghargai para pendidik PERMATA. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepda semua ibubapa yang memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan kepada semua pendidik. Kami sayang anak-anak PERMATA Pokok Sena.

Sunday, 5 May 2013

PARENTING STYLE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...

Apa khabar semua para pembaca? Di harap semua di dalam keadaan sihat walafiat.

Bulan April kian menghampiri penghujungnya. Tidak terasa masa kian pantas meninggalkan kita.

Di dalam bulan April ini telah di adakan satu ceramah "Parenting Style" kepada ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena. Ceramah ini diadakan bagi menjelaskan terdapat tiga jenis caragaya keibubapaan yang dipraktiskan oleh ibubapa pada masa kini.

Pihak pusat telah menjemput Pn Jameyah Sheriff, seorang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi menjelaskan secara terperinci tentang caragaya keibubapaan. Matlamat ceramah ini adalah untuk memberi kefahaman kepada ibubapa tentang pentingnya peranan ibubapa dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak seawal usia mereka. ini bagi memastikan yang anak-anak membesar dalam persekitaran yang menyokong perkembangan pembelajaran dan personaliti kanak-kanak.


 Ibubapa sedang khusyu menjawab soal selidik

Sesi ini telah di mulakan dengan ibu atau bapa yang hadir menjawab soal selidik yang telah di sediakan oleh penceramah. Setelah ibubapa selesai menjawab, ibubapa di minta untuk mengira skor bagi jawapan mereka dan dari situ, ibubapa boleh mengetahui caragaya keibubapaan yang di amalkan oleh mereka. Terdapat tiga caragaya keibubapaan iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif.

Di dalam ceramah ini, ibubapa di beri kupasan mengenai ciri-ciri bagi setiap satu caragaya keibubapaan berserta kesan bagi caragaya tersebut. Antara ciri-ciri caragaya keibubapaan autoritarian ialah merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah dan menghukum. Selain itu, ciri lainnya ialah ibubapa lemah dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Ibubapa gaya ini tidak memberikan peluang kepada anak-anak untuk menyuarakan pendapat mereka.

Sedikit cenderahati dari pihak pusat dan PIBP kepada Pn Jameyah

Gaya keibubapaan yang kedua pula ialah caragaya permisif. antara ciri-ciri gaya keibubapaan permisif ialah ibubapa memberikan terlalu banyak kebebasan kepada anak dengan harapan anak-anak boleh melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Ibubapa gaya ini juga memberikan terlalu banayk autonomi (kuasa) kepada anak-anak dan sedikit kawalan ke atas anak-anak.

 Gambar kenangan semua ibubapa bersama dengan penceramah

Gaya keibubapaan yang terakhir ialah gaya neglect. caragaya keibubapaan ini juga lebih di kenali sebagai 'uninvolved' atau tidak terlibat. Ibubapa yang mengamalkan gaya ini memegang prinsip lepas tangan dan mendakwa 'saya tidak peduli dengan apa yang kamu lakukan'. Bagi setiap gaya keibubapaan yang di amalkan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.
Gambar kenangan. Dari kiri, teacher Ida, teacher Kirah, teacher Warni (Ketua pendidik), Pn Rosilah (Pengerusi PIBP), Pn Jameyah, teacher Zirah dan teacher Ashriq.
 
Di akhir sesi, ibubapa di beri peluang untuk menanyakan soalan dan berkongsi pendapat dengan penceramah , Pn Jameyah. Daripada ceramah ini, ibubapa dapat menambahkan sedikit ilmu dalam mendidik anak-anak mereka. Setinggi ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan, Pn Jameyah dan kehadiran semua ibubapa yang hadir bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Sehingga bertemu di lain waktu.

Assalamualaikum w.b.t.

Thursday, 11 April 2013

Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurnia-Nya dapatlah kita bersua kembali. Pelbagai aktiviti yang berjaya di laksanakan pada bulan Mac 2013. Pelbagai usaha dan kerjasama dari semua pihak yang membantu sehingga berjaya di laksanakan semua program seperti yang telah di rancangkan.

Pada penghujung bulan Mac 2013 ini juga, pihak pusat telah mengadakan Sambutan Hari Lahir bagi anak-anak PERMATA yang lahir antara bulan Januari hingga bulan Mac.

Bagi menjayakan Sambutan ini, sebiji kek telah di tempah dan ditulis nama kanak-kanak yang di lahirkan pada bulan Januari hingga bulan Mac.


Majlis telah di mulakan dengan kanak-kanak menyanyikan lagu "Happy Birthday To You" kepada kanak-kanak yang di sambut dan kanak-kanak tersebut meniup lilin sesudah lagu habis di nyanyikan.

Sehingga bertemu di lain hari. Selamat bertugas kepada semua pendidik PERMATA. Semoga kita semua ikhlas dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan. Setiap Anak Permata Negara.

Monday, 1 April 2013

Pemeriksaan Gigi dan Latihan Kebakaran 2013

Assalamualaikum wbt.
Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bertemu kembali kita pada penghujung Mac ini. Pada bulan Mac ini, banyak juga program yang berjaya di laksanakan oleh warga PAPN Pokok Sena. Terima kasih warga PAPN Pokok Sena.

Pada bulan Mac ini telah di adakan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian oleh Jururawat Pergigian dari Klinik Kesihatan Pokok Sena. Seramai empat orang jururawat yang telah hadir bagi memberikan taklimat cara penjagaan gigi dan pemeriksaan gigi berkala terhadap anak-anak PAPN Pokok Sena.



Aktiviti di mulakan dengan jururawat menunjukkan demonstrasi memberus gigi dengan betul. Cara memberus gigi yang betul dapat membantu kanak-kanak menjaga gigi dari kerosakan gigi seperti karies botol susu dan karies gigi yang di sebabkan oleh pemakanan yang di ambil setiap hari. Penjagaan gigi boleh di mulakan seawal kanak-kanak mula tumbuh gigi.

Setelah aktiviti memberus gigi, jururawat yang bertugas memeriksa gigi setiap anak-anak PAPN Pokok Sena. Pemeriksaan gigi adalah untuk pengesanan awal kerosakan gigi kanak-kanak. Jika gigi tidak di jaga sejak awal, ia akan mempengaruhi pertumbuhan gigi yang seterusnya.

Setelah pemeriksaan gigi selesai, kanak-kanak di bawa pula ke padang untuk melihat Demonstrasi Kebakaran yang di lakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Nerang. Sebelum melakukan demonstrasi, kanak-kanak di beri penerangan ringkas mengenai apa yang boleh dilakukan sewaktu kebakaran berlaku.


Pegawai Bomba yang hadir memberikan taklimat mengenai cara memadamkan api dan kenapa api tidak boleh di padamkan dengan air jika kuantiti air adalah sedikit. Pegawai bomba juga menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api yang ada di pusat. Pendidik, jururawat dan kanak-kanak di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan api yang sebenar.

Setelah selesi demonstrasi, pihak pusat telah memberikan sedikit cenderamata iaitu hasil kerja kanak-kanak kepada wakil klinik pergigian dan balai bomba. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada klinik kesihatan dan balai bomba atas kesudian hadir ke pusat. Tidak lupa juga kepada pendidik serta ibubapa yang menjalankan penglibatan sewaktu program di jalankan.

Saturday, 2 March 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Selamat bertemu kembali...

Apa khabar semua? Diharap semua sihat-sihat hendaknya. Sedar tak sedar, sudah masuk bulan ketiga untuk tahun ini... Terasa masa berlalu dengan pantas sekali.

Untuk bulan February 2013, PAPN Pokok Sena telah menjalankan aktiviti gotong-royong bersama anak dan ibubapa. Aktiviti telah diadakan pada 28 February 2013. Alhamdulillah, cuaca yang redup telah memudahkan aktiviti dijalankan.

Ibubapa dan anak-anak telah berkumpul seawal 8.30 pagi dengan membawa beberapa peralatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong. Tujuan aktiviti di adakan adalah untuk memastikan persekitaran pusat sentiasa berada dalam suasana yang bersih di samping menanam sifat sukakan kebersihan kepada anak-anak PERMATA Pokok Sena.


Aktiviti pada kali ini telah di ketuai oleh En Suhaimi dan kawasan-kawasan telah di agihkan kepada empat. Antara kawasan yang diberi penmpuan adalah kawasan pondok, kawasan tanaman herba serta kawasan sekitar pusat dan dalam pusat. Setiap ibubapa telah di agihkan tugas  masing-masing.

Bagi tugas dalam pusat, para ibubapa di minta membersihkan sawang dan habuk yang terdapat di dalam pusat. Bagi tugas di sekitar pusat pula, ibubapa di minta untuk membersihkan tingkap dan membuang sawang di siling koridor luar.





Sementara di kawasan tanaman herba, ibubapa di minta untuk memotong dan mencantikkan lagi kawasan tanaman dengan melabel pokok herba yang di tanam. Antara pokok herba yang di tanam ialah serai wangi, kunyit, halia bara, pucuk kaduk dan beberapa pokok yang memberikan khasiat dan boleh di buat ulam.




Tidak lupa jua, mini pondok dan kolam bermain air juga di bersihkan bagi memastikan keselesaan anak-anak PERMATA Pokok Sena sewaktu aktiviti pembelajaran di adakan di kawasan tersebut.

Kesimpulan yang dapat diberikan ialah, dengan danya program seperti ini, silaturahim antara pendidik denga ibubapa dapat di eratkan. Sifat menjaga kebersihan juga dapat di tanam di dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Secara keseluruhannya, program yang dijalakan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua ibubapa... Komitmen yang ditunjukkan oleh ibubapa sangat tinggi dan penuh semangat. Semoga di masa akan datang, penglibatan dari ibubapa akan mendapat sambutan yang menggalakkan seperti ini. Sehingga bertemu di lain hari. Mari bersama kita amalkan nilai murni dengan menjaga kebersihan alam sekitar.

Assalamualaikum...


Wednesday, 13 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Salam pertemuan dan salam tahun 2013.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah krnianya kita dapat bertemu kembali..

Sebagai aktiviti pembukaan bagi tahun 2013, PAPN Pokok Sena telah mengadakan Sambutan Malidur Rasul 1434 H dan bacaan Surah Yassin yang telah diadakan pada 31 Januari 2013. Majlis ini di sambut bersempena hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang bertemakan "Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah".


Majlis ini telah dimulai oleh bacaan doa oleh En Mohd Yusof, salah seorang bapa anak-anak PERMATA Pokok Sena. Kemudian, para anak-anak PERMATA bersama ibubapa masing-masing memulakan perarakan dari simpang jalan masuk ke Pusat sehingga ke pusat sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Anak-anak PERMATA diminta membawa sepanduk tema bagi Sambutan Maulidur Rasul 1434H.

Setelah perarakan selesai, ibubapa di minta rehat sebentar dengan menikmati hidangan pagi yang di bawa serba sedikit oleh setiap ibubapa anak-anak PERMATA. Setelah itu, majlis ini di teruskan dengan bacaan Surah Yassin.



Setelah selesai Bacaan Surah Yassin oleh ibubapa anak-anak PERMATA dan pendidik, majlis di teruskan lagi Cermah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Imam Masjid Bandar Baru Pokok Sena yang lebih di kenali sebagai Pak Teh.


Alhamdullillah, majlis dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah di rancang. Pelbagai informasi dan renungan yang kita boleh ambil daripada peristiwa yang berlaku sewaktu kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehingga bertemu di lain masa. assalamualaikum dan salam sejahtera.

Thursday, 3 January 2013

MAJLIS KONVOKESYEN 2012

Assalamualaikum wbt semua....

Salam Tahun Baru 2013.

Syukur alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk bertemu kembali dan merasa suasana tahun 2013 ini.

Pada kali ini, kita akan berkongsi mengenai gelagat kanak-kanak 4 tahun yang bergraduasi pada 15 Disember 2012 bertempat di Dewan Sekolah Tambun Tulang, Perlis. Majlis konvokesyen ini telah dilaksanakan bersama gabungan PAPN di negeri Perlis iaitu PAPN Tambun Tulang dan PAPN Padang Besar. Alhamdulillah, majlis yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dengan kehendak Allah s.w.t seperti yang telah dirancang.

Majlis Konvokesyen ini telah di rasmikan oleh Datuk Seri Shahidan bin Kassim. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perlis dan lagu Satu Malaysia oleh anak-anak PERMATA diikuti dengan bacaan doa oleh bapa kanak-kanak. Anak-anak 4 tahun yang bergraduasi bagi PAPN Pokok Sena adalah seramai 10 orang.

Anak-anak 4 tahun ini telah membuat persembahan dengan membuat gaya untuk lagu "Lompat Si Katak Lompat" dan lagu "AEIOU". Latihan yang di buat oleh kanak-kanak 4 tahun selama beberapa bulan ini amat memuaskan hati dan menghiburkan semua hadirin yang hadir pada hari tersebut.


PERSIAPAN DI BELAKANG PENTAS


PENDIDIK DI PAPN POKOK SENA

Sayang adik-adik semua!!! Jangan di lupakan teacher di sini. Selamat tinggal tahun 2012 yang penuh dengan kisah suka dan duka.. Semoga tahun 2013 ini memberi lebih banyak manfaat kepada semua....