Sunday, 9 June 2013

SUKANEKA 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar semua pembaca blog PAPN Pokok Sena? Di harap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Program bagi penghujung bulan Mei ialah Sukaneka sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

Program ini telah diadakan pada 30 Mei 2013. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dan anak-anak PERMATA berkumpul bagi menyanyikan lagu nyanyian pagi iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu PERMATA dan lagu Satu Malaysia.

Setelah nyanyian pagi, ibubapa di hiburkan dengan persembahan tarian Gangnam Style oleh anak-anak PERMATA 4 tahun yang di pimpin oleh adik Mumtasz. Majlis di mulakan dengan acara Mengutip Bola bagi anak-anak 2 tahun. Kemudian, acara di teruskan dengan acara membawa bola dalam sudu dan bouncing ball oleh anak-anak 3 tahun. Acara bagi anak-anak 4 tahun telah di bahagikan kepada tiga iaitu acara explorace, acara memakai baju serta acara bawa bola guna gelung dan tuju botol.

Majlis berehat sebentar untuk menjamu selera sarapan pagi. Majlis di mulakan semula dengan acara bagi ibubapa pula iaitu acara makan buah epal. Acara kedua pula ialah acara Pasangan Serasi. Acara ini memerlukan ibu atau bapa membawa pasangan masing-masing. Peserta di minta untuk mengikat kaki dan berlari sambil membawa big ball. Pasangan yang sampai dahulu di kira sebagai pemenang.

        Acara anak 3 tahun

Acara seterusnya ialah acara Anak Solek Mak. Anak-anak PERMATA yang terlibat diminta untuk menyolek muka ibu mereka menggunakan alat solek yang di bawa sendiri. Solekan  paling banyak warna di kira sebagai pemenang.






Ibubapa dan pendidik sedang menjamu selera

 
Hasil Solekan Anak untuk Mak

Setelah itu, acara di sambung pula dengan acara Lari Guna Tempurung. Peserta diminta untuk berjalan di atas tempurung sampai ke penghujung garisan. Peserta yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Seterusnya ialah acara Lari bawa Bola guna Peha. Acara ini terbuka kepada kaum bapa. Peserta diminta untuk mengepit bola menggunakan peha dan berlari sehingga ke garisan penamat. Siapa yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Setelah selesai semua acara, kini tiba pula untuk acara terbuka iaitu acara Musang Berjanggut. Penyertaan di buka kepada semua ibubapa dan di dalam satu kumpulan mempunyai seramai 4 orang ahli. Peserta diminta untuk mengelas bahan yang telah di gaul di dalam talam dan masa yang di peruntukkan adalah 15 minit. Kumpulan yang paling banyak mengelaskan bahan dikira sebagai pemenang.
Para peserta sedang khusyu' mengasingkan bahan dalam acara Musang Berjanggut.

Akhir sekali adalah acara penyampaian hadiah yang telah di sampaikan oleh Pengerusi PIBP Pokok Sena iaitu Pn Rosilah Osman. Acara di selang dengan cabutan bertuah untuk semua ibubapa.
Acara penyampaian hadiah oleh Pengerusi PIBP, Pn Rosilah

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Penyertaan dari semua ibubapa terutamanya kaum bapa amat memberangsangkan. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan tali silaturahim di antara pendidik dan ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena. Bertemu lagi kita di lain masa.

Assalamualaikum w. b. t.

No comments:

Post a Comment