Apa khabar para pembaca sekalian. Di harap para pembca sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tidak terlambat untuk kami mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, negara kita masih lagi berada di dalam suasana harmoni dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.
Bagi memeriahkan Hari Kemerdekaan Negara, pihak pusat juga telah mengadakan program Sambutan Merdeka-Raya 2013 yang telah diadakan pada 29 Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menceriakan suasana Sambutan ini. Terima kasih kepada ibubapa yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan program ini.
Program ini telah di adakan pada waktu malam. Namun pada pagi hari, para pendidik telah membuat perarakan kemerdekaan bersama anak-anak PERMATA dan juga pertandingan mewarna bendera Malaysia.
Majlis pada malam hari dimulakan dengan bacaan doa dan Persembahan lagu Kemerdekaan oleh Anak-anak Permata. Sebanyak tiga buah lagu yang di persembahkan iaitu Lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Balik Kampung.
Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pertandingan yang di buat ialah "Keluarga Sedondon", Pertandingan Menganyam Ketupat Palas oleh kaum bapa dan juga Pertandingan Mengupas Buah Epal oleh kaum ibu.
Pertandingan Menganyam Ketupat
Pertandingan Mengupas Buah Epal
Pelbagai juadah yang di sediakan sempena Majlis ini. Antara juadah yang di sediakan ialah Bihun Sup, Roti John, Ais Kacang, Ketupat dan juga Dadih. Majlis di sudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Sekian untuk kali ini. Sehingga bertemu di lain hari. Senyum-senyum selalu. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment