Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa khabar para pembaca sekalian. Sudah agak lama blog ini menyepi. Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak pusat telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa dan Bacaan Yasin. Majlis ini telah di adakan pada 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H iaitu pada hari Khamis malam Jumaat. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pendidik dan ibubapa. Bacaan Yasin pula diadakan bagi menyambut ulangtahun yang ke-dua pusat ini di buka. Bagi memeriahkan majlis, pihak pusat telah menjemput Imam Masjid Pokok Sena bagi memberi sedikit ceramah mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran. Alhamdulillah, ramai ibubapa serta anak-anak PAPN Pokok Sena yang menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis ini di samping dapat menambahkan ilmu. Sewaktu berbuka, ibubapa di berikan sedikit kurma dan air mineral sebelum mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, para jemputan dan ibubapa di minta untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh pihak pusat selain sedikit pencuci mulut yang di bawa olah para ibubapa. Di harap, majlis seperti ini dapat di teruskan di lain masa.
Sekian sahaja pada kali, sehingga bertemu di lain hari. Jazakumullah Khairan Kasiran....
No comments:
Post a Comment