Monday, 1 April 2013

Pemeriksaan Gigi dan Latihan Kebakaran 2013

Assalamualaikum wbt.
Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bertemu kembali kita pada penghujung Mac ini. Pada bulan Mac ini, banyak juga program yang berjaya di laksanakan oleh warga PAPN Pokok Sena. Terima kasih warga PAPN Pokok Sena.

Pada bulan Mac ini telah di adakan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian oleh Jururawat Pergigian dari Klinik Kesihatan Pokok Sena. Seramai empat orang jururawat yang telah hadir bagi memberikan taklimat cara penjagaan gigi dan pemeriksaan gigi berkala terhadap anak-anak PAPN Pokok Sena.



Aktiviti di mulakan dengan jururawat menunjukkan demonstrasi memberus gigi dengan betul. Cara memberus gigi yang betul dapat membantu kanak-kanak menjaga gigi dari kerosakan gigi seperti karies botol susu dan karies gigi yang di sebabkan oleh pemakanan yang di ambil setiap hari. Penjagaan gigi boleh di mulakan seawal kanak-kanak mula tumbuh gigi.

Setelah aktiviti memberus gigi, jururawat yang bertugas memeriksa gigi setiap anak-anak PAPN Pokok Sena. Pemeriksaan gigi adalah untuk pengesanan awal kerosakan gigi kanak-kanak. Jika gigi tidak di jaga sejak awal, ia akan mempengaruhi pertumbuhan gigi yang seterusnya.

Setelah pemeriksaan gigi selesai, kanak-kanak di bawa pula ke padang untuk melihat Demonstrasi Kebakaran yang di lakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Nerang. Sebelum melakukan demonstrasi, kanak-kanak di beri penerangan ringkas mengenai apa yang boleh dilakukan sewaktu kebakaran berlaku.


Pegawai Bomba yang hadir memberikan taklimat mengenai cara memadamkan api dan kenapa api tidak boleh di padamkan dengan air jika kuantiti air adalah sedikit. Pegawai bomba juga menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api yang ada di pusat. Pendidik, jururawat dan kanak-kanak di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan api yang sebenar.

Setelah selesi demonstrasi, pihak pusat telah memberikan sedikit cenderamata iaitu hasil kerja kanak-kanak kepada wakil klinik pergigian dan balai bomba. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada klinik kesihatan dan balai bomba atas kesudian hadir ke pusat. Tidak lupa juga kepada pendidik serta ibubapa yang menjalankan penglibatan sewaktu program di jalankan.

No comments:

Post a Comment