Wednesday, 8 January 2014

MAJLIS GRADUASI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selamat bertemu kembali kepada pembaca sekalian.

Pada kali ini, kita bersua bagi menceritakan mengenai Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil PAPN Pokok Sena 2013. Majlis ini telah diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di The Regency Hotel, Alor Star, Kedah. Majlis ini diadakan bagi meraikan anak-anak PERMATA yang berumur 4 tahun yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajran di PAPN Pokok Sena. Seramai 17 orang anak-anak PERMATA yang telah menerima Sijil Graduasi masing-masing.

Majlis ini bertemakan "Melayu Tradisional" yang mana semua anak-anak PERMATA berserta ibubapa masing-masing di kehendaki memakai pakaian Melayu Tradisional seperti baju kurung bagi perempuan dan baju Melayu bagi lelaki. Majlis ini telah di rasmikan oleh yang Berhormat, Datin Seri Noraini bt Abdullah, isteri Timb. Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Uzair. Anak-anak PAPN Pokok Sena telah membuat persembahan pembukaan dengan persembahan Dikir Puteri dan nyanyian berkumpulan yang di anggotai oleh enam orang kanak-kanak 4 tahun.


Selepas Persembahan Pembukaan, para hadirin di hiburkan pula dengan persembahan ibubapa yang di persembahkan oleh Puan Rodziah, sebagai wakil ibubapa. Pn Rodziah telah mengalunkan beberapa potong ayat suci al-Quran. Bacaan ayat-ayat suci yang dialunkan oleh Pn Rodziah amat menyentuh hati para hadirin yang mendengar bacaan tersebut.

Seterusnya, majlis di teruskan dengan acara kemuncak iaitu Majlis Penyampaian Siji Tamat kepada kanak-kanak 4 tahun serta Penyampaian Sijil Ibubapa Cemerlang. Terdapat beberapa kategori bagi penyampaian sijil khas iaitu Anugerah PERMATA Gemilang, Anugerah PERMATA Sahsiah, Anugerah PERMATA Cemerlang dan Anugerah Kedatangan Terbaik. Untuk ibubapa, seramai enam orang ibubapa yang telah dipilih sebagai ibubapa cemerlang. Anugerah ini di berikan kepada ibubapa yang memberikan komitmen yang tinggi serta penglibatan ibubapa yang dilakukan antara yang terbaik.


Sebelum menutup tirai, kanak-kanak telah membuat Persembahan Penutup iaitu lagu "Terima Kasih Cikgu". Semua kanak-kanak 4 tahun seramai 17 orang telah menjayakan persembahan ini. Mereka telah melakukan gaya yang merupakan yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari sewaktu berada di pusat.

Tidak ketinggalan juga diadakan Cabutan Bertuah untuk para hadirin yang hadir ke majlis ini. Terdapat sebanyak sepuluh hadiah yang di sediakan untuk acara Cabutan Bertuah ini. Majlis di akhiri dengan acara bergambar secara beramai-ramai serta acara bersalaman dengan ibubapa yang mana anak mereka telah bergraduasi pada tahun 2013. Semoga anak-anak PERMATA ini dapat meneruskan langkah mereka dengan lebih cemerlang dari segala aspek di peringkat yang seterusnya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di ucapkan kepada Datin Seri Noraini bt Abdullah di atas kesudian beliau hadir ke Majlis Graduasi PAPN Pokok Sena 2013. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada En Ghazali, Ketua Sektor Pra-sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di atas kesudian beliau melapangkan diri untuk hadir ke majlis ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Segala jasa yang di berikan telah membuatkan majlis ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Gambar kenangan bersama para ibubapa
 
Sebelum mengundurkan diri pada kali ini, pihak pusat ingin memberikan sepatah dua kata. Tahun 2013 telah meninggalkan kita dan kini menjelma pula tahun 2014. Semoga segala kenangan yang berada di dalam tahun 2013 akan sentiasa kita sematkan dalam hati kita. Kami warga PAPN Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014. Semoga pada tahun 2014 ini akan membawa kita ke arah yang lebih positif.

Wednesday, 16 October 2013

TAMAN BOTANI DAN GOTONG-ROYONG 2013

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Selamat bertemu kembali...

Apa khabar kepada semua pembaca? Terima kasih kerana mengikuti blog ini. Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan akan sentiasa mendapat keredhaan Allah di samping keikhlasan hati yang kita sahaja mengetahuinya.

Bagi aktiviti bulan Oktober 2013, PAPN Pokok Sena telah mengadakan satu program bersempena tema bulan Oktober iaitu Alam Sekitar. Program ini telah di laksanakan pada 10 Oktober 2013 yang bermula seawal jam 8.30 pagi. Penglibatan daripada semua anak-anak PAPN Pokok Sena dan ibubapa mereka adalah amat digalakkan.

 Taman Botani yang sedang di susun atur


Program yang di jalankan adalah Taman Botani dan Gotong Royong bagi menceriakan lagi suasana pusat dengan pokok bunga-bungaan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak secara langsung mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kegunaan pokok yang di tanam. Secara tidak langsung juga memberi kesedaran kepada ibubapa untuk lebih menghargai tanaman hijau di sekitar mereka.

Taman Botani ini adalah untuk menanam pokok bunga-bungaan yang pelbagai jenis. Pokok-pokok ini telah di sumbangkan oleh setiap keluarga sebanyak 2 jenis pokok bunga. Bunga-bunga ini disusun di bawah nursery pokok yang telah di bina oleh En Rashid dan En Anuar.

Bagi memastikan program ini berjalan lancar, kumpulan kerja telah di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu satu kumpulan membersihkan longkang di sekitar pusat, satu kumpulan merapikan pokok-pokok di Taman Herba dan satu kumpulan lagi menghias nursery Taman Botani menjadi satu taman yang tersusun.

 Antara kawasan yang di bersihkan



Perapian pokok-pokok yang telah di tanam di Taman Herba adalah untuk memastikan pokok yang di tanam tidak mati dan terbiar begitu sahaja. Ini kerana kebanyakan pokok-pokok yang telah di tanam mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu menyembuhkan penyakit secara tradisional.

 Merapikan Taman Herba


Program ini adalah untuk menanam semangat cintakan alam dan kehijauan di dalam minda anak-anak PERMATA Pokok Sena. Anak-anak juga di tanamkan sifat kebersihan di dalam diri masing-masing. Kanak-kanak juga di galakan membantu para ibubapa dan pendidik dalam proses membersihkan pusat, tempat di mana kanak-kanak ini belajar.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan projek Taman Botani ini. Sehingga kita bertemu di lain masa. Sampai di sini sahaja pada kali ini.

Assalamualaikum semua.

Saturday, 7 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA RAYA

Asaalamualaikum dan Salam Kemerdekaan.

Apa khabar para pembaca sekalian. Di harap para pembca sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tidak terlambat untuk kami mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, negara kita masih lagi berada di dalam suasana harmoni dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.

Bagi memeriahkan Hari Kemerdekaan Negara, pihak pusat juga telah mengadakan program Sambutan Merdeka-Raya 2013 yang telah diadakan pada 29  Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menceriakan suasana Sambutan ini. Terima kasih kepada ibubapa yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan program ini.

Program ini telah di adakan pada waktu malam. Namun pada pagi hari, para pendidik telah membuat perarakan kemerdekaan bersama anak-anak PERMATA dan juga pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Majlis pada malam hari dimulakan dengan bacaan doa dan Persembahan lagu Kemerdekaan oleh Anak-anak Permata. Sebanyak tiga buah lagu yang di persembahkan iaitu Lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Balik Kampung.

Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pertandingan yang di buat ialah "Keluarga Sedondon", Pertandingan Menganyam Ketupat Palas oleh kaum bapa dan juga Pertandingan Mengupas Buah Epal oleh kaum ibu.
Pertandingan Menganyam Ketupat












Pertandingan Mengupas Buah Epal


Pelbagai juadah yang di sediakan sempena Majlis ini. Antara juadah yang di sediakan ialah Bihun Sup, Roti John, Ais Kacang, Ketupat dan juga Dadih. Majlis di sudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


 Sekian untuk kali ini. Sehingga bertemu di lain hari. Senyum-senyum selalu. Assalamualaikum...

Tuesday, 3 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar para pembaca sekalian. Sudah agak lama blog ini menyepi. Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak pusat telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa dan Bacaan Yasin. Majlis ini telah di adakan pada 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H iaitu pada hari Khamis malam Jumaat. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pendidik dan ibubapa. Bacaan Yasin pula diadakan bagi menyambut ulangtahun yang ke-dua pusat ini di buka. Bagi memeriahkan majlis, pihak pusat telah menjemput Imam Masjid Pokok Sena bagi memberi sedikit ceramah mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran. Alhamdulillah, ramai ibubapa serta anak-anak PAPN Pokok Sena yang menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis ini di samping dapat menambahkan ilmu. Sewaktu berbuka, ibubapa di berikan sedikit kurma dan air mineral sebelum mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, para jemputan dan ibubapa di minta untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh pihak pusat selain sedikit pencuci mulut yang di bawa olah para ibubapa. Di harap, majlis seperti ini dapat di teruskan di lain masa.

Sekian sahaja pada kali, sehingga bertemu di lain hari. Jazakumullah Khairan Kasiran....

Saturday, 13 July 2013

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Bertemu kembali kita pada hari ini. Alhamdulillah di ucapkan atas kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. sebuah lagi majlis telah diadakan di PAPN Pokok Sena sempena Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa di mana perjalanan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Pada peristiwa inilah, umat Islam telah di perintahkan untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Ceramah ini telah di adakan di PAPN pada 27 Jun 2013 bersamaan 18 Syaaban 1443H. Pihak pusat telah menjemput En Noran Zamini sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang di sampaikan adalah mengenai peristiwa Israk Mikraj dan sedikit ceramah mengenai cara menangani emosi bersama anak.













Persembahan nasyid anak-anak PERMATA












En Noran bergambar kenangan bersama anak-anak PERMATA

Pelbagai persembahan telah di sediakan. Antaranya ialah Persembahan Nasyid oleh anak-anak PERMATA 4 tahun, deklamasi sajak oleh Pn Saliha dan Puan Rodziah yang bertajuk "Sungguh Muhammad" dan "Meredah Malam".


Majlis diteruskan dengan sedikit jamuan makan tengahari iaitu Nasi Carrot, Rendang Ayam dan Acar Timun. Majlis di akhiri setelah semua ibubapa selesai menikamati hidangan tengahari.












Jamuan makan tengahari. Para bapa makan bersama En Noran



Sehingga bertemu di lain hari. Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua warga PAPN Pokok Sena dan semua warga PERMATA di seluruh negara.

Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, 9 June 2013

SUKANEKA 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar semua pembaca blog PAPN Pokok Sena? Di harap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Program bagi penghujung bulan Mei ialah Sukaneka sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

Program ini telah diadakan pada 30 Mei 2013. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dan anak-anak PERMATA berkumpul bagi menyanyikan lagu nyanyian pagi iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu PERMATA dan lagu Satu Malaysia.

Setelah nyanyian pagi, ibubapa di hiburkan dengan persembahan tarian Gangnam Style oleh anak-anak PERMATA 4 tahun yang di pimpin oleh adik Mumtasz. Majlis di mulakan dengan acara Mengutip Bola bagi anak-anak 2 tahun. Kemudian, acara di teruskan dengan acara membawa bola dalam sudu dan bouncing ball oleh anak-anak 3 tahun. Acara bagi anak-anak 4 tahun telah di bahagikan kepada tiga iaitu acara explorace, acara memakai baju serta acara bawa bola guna gelung dan tuju botol.

Majlis berehat sebentar untuk menjamu selera sarapan pagi. Majlis di mulakan semula dengan acara bagi ibubapa pula iaitu acara makan buah epal. Acara kedua pula ialah acara Pasangan Serasi. Acara ini memerlukan ibu atau bapa membawa pasangan masing-masing. Peserta di minta untuk mengikat kaki dan berlari sambil membawa big ball. Pasangan yang sampai dahulu di kira sebagai pemenang.

        Acara anak 3 tahun

Acara seterusnya ialah acara Anak Solek Mak. Anak-anak PERMATA yang terlibat diminta untuk menyolek muka ibu mereka menggunakan alat solek yang di bawa sendiri. Solekan  paling banyak warna di kira sebagai pemenang.






Ibubapa dan pendidik sedang menjamu selera

 
Hasil Solekan Anak untuk Mak

Setelah itu, acara di sambung pula dengan acara Lari Guna Tempurung. Peserta diminta untuk berjalan di atas tempurung sampai ke penghujung garisan. Peserta yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Seterusnya ialah acara Lari bawa Bola guna Peha. Acara ini terbuka kepada kaum bapa. Peserta diminta untuk mengepit bola menggunakan peha dan berlari sehingga ke garisan penamat. Siapa yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Setelah selesai semua acara, kini tiba pula untuk acara terbuka iaitu acara Musang Berjanggut. Penyertaan di buka kepada semua ibubapa dan di dalam satu kumpulan mempunyai seramai 4 orang ahli. Peserta diminta untuk mengelas bahan yang telah di gaul di dalam talam dan masa yang di peruntukkan adalah 15 minit. Kumpulan yang paling banyak mengelaskan bahan dikira sebagai pemenang.
Para peserta sedang khusyu' mengasingkan bahan dalam acara Musang Berjanggut.

Akhir sekali adalah acara penyampaian hadiah yang telah di sampaikan oleh Pengerusi PIBP Pokok Sena iaitu Pn Rosilah Osman. Acara di selang dengan cabutan bertuah untuk semua ibubapa.
Acara penyampaian hadiah oleh Pengerusi PIBP, Pn Rosilah

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Penyertaan dari semua ibubapa terutamanya kaum bapa amat memberangsangkan. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan tali silaturahim di antara pendidik dan ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena. Bertemu lagi kita di lain masa.

Assalamualaikum w. b. t.

Friday, 7 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Bertemu kembali kita pada hari ini. Berlalu sudah bulan Mei yang mana terdapat pelbagai sambutan hari dan perayan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Wesak dan juga tidak lupa Pesta Keamatan iaitu Pesta Menuai yang di sambut oleh warga negeri Labuan dan negeri Sabah.

Begitu juga dengan pusat PAPN Pokok Sena yang juga menjalankan pelbagai program bagi meraikan hari tersebut. Pada 16 Mei 2013, pihak pusat telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang bertemakan GGuru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda. Sambutan ini di sambut oleh pendidik bersama anak-anak PERMATA. Pelbagai acara yang telah di susun oleh pendidik untuk di raikan bersama anak-anak PERMATA.

Program ini telah di mulakan dengan nyanyian pagi oleh anak-anak PERMATA bersama pendidik. Kemudian, pendidik membuat persembahan lagu "Guru Malaysia" bagi menghiburkan hati kanak-kanak. Kanak-kanak juga di jemput untuk memberi ucapan kepada pendidik mereka. Setelah selesai, kanak-kanak di bawa ke padang untuk melakukan acara sukaneka bersama dengan pendidik.


 Jamuan ringan bersama anak PERMATA



Setelah selesai sukaneka, sedikit jamuan ringan di sediakan. Kanak-kanak dan pendidik membawa sedikit makanan ringan bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Kanak-kanak bersama-sama dengan pendidik menjamu selera dengan menu Nasi Goreng Ayam dan makanan ringan di samping dua biji kek yang di sumbangkan oleh ibubapa kanak-kanak kepada pendidik.

Sambutan Hari Guru ini adalah bagi menghargai para pendidik PERMATA. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepda semua ibubapa yang memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan kepada semua pendidik. Kami sayang anak-anak PERMATA Pokok Sena.