Saturday, 7 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA RAYA

Asaalamualaikum dan Salam Kemerdekaan.

Apa khabar para pembaca sekalian. Di harap para pembca sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tidak terlambat untuk kami mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, negara kita masih lagi berada di dalam suasana harmoni dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.

Bagi memeriahkan Hari Kemerdekaan Negara, pihak pusat juga telah mengadakan program Sambutan Merdeka-Raya 2013 yang telah diadakan pada 29  Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menceriakan suasana Sambutan ini. Terima kasih kepada ibubapa yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan program ini.

Program ini telah di adakan pada waktu malam. Namun pada pagi hari, para pendidik telah membuat perarakan kemerdekaan bersama anak-anak PERMATA dan juga pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Majlis pada malam hari dimulakan dengan bacaan doa dan Persembahan lagu Kemerdekaan oleh Anak-anak Permata. Sebanyak tiga buah lagu yang di persembahkan iaitu Lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Balik Kampung.

Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pertandingan yang di buat ialah "Keluarga Sedondon", Pertandingan Menganyam Ketupat Palas oleh kaum bapa dan juga Pertandingan Mengupas Buah Epal oleh kaum ibu.
Pertandingan Menganyam Ketupat












Pertandingan Mengupas Buah Epal


Pelbagai juadah yang di sediakan sempena Majlis ini. Antara juadah yang di sediakan ialah Bihun Sup, Roti John, Ais Kacang, Ketupat dan juga Dadih. Majlis di sudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


 Sekian untuk kali ini. Sehingga bertemu di lain hari. Senyum-senyum selalu. Assalamualaikum...

Tuesday, 3 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar para pembaca sekalian. Sudah agak lama blog ini menyepi. Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak pusat telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa dan Bacaan Yasin. Majlis ini telah di adakan pada 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H iaitu pada hari Khamis malam Jumaat. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pendidik dan ibubapa. Bacaan Yasin pula diadakan bagi menyambut ulangtahun yang ke-dua pusat ini di buka. Bagi memeriahkan majlis, pihak pusat telah menjemput Imam Masjid Pokok Sena bagi memberi sedikit ceramah mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran. Alhamdulillah, ramai ibubapa serta anak-anak PAPN Pokok Sena yang menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis ini di samping dapat menambahkan ilmu. Sewaktu berbuka, ibubapa di berikan sedikit kurma dan air mineral sebelum mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, para jemputan dan ibubapa di minta untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh pihak pusat selain sedikit pencuci mulut yang di bawa olah para ibubapa. Di harap, majlis seperti ini dapat di teruskan di lain masa.

Sekian sahaja pada kali, sehingga bertemu di lain hari. Jazakumullah Khairan Kasiran....