Sunday, 9 June 2013

SUKANEKA 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Apa khabar semua pembaca blog PAPN Pokok Sena? Di harap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Program bagi penghujung bulan Mei ialah Sukaneka sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

Program ini telah diadakan pada 30 Mei 2013. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dan anak-anak PERMATA berkumpul bagi menyanyikan lagu nyanyian pagi iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu PERMATA dan lagu Satu Malaysia.

Setelah nyanyian pagi, ibubapa di hiburkan dengan persembahan tarian Gangnam Style oleh anak-anak PERMATA 4 tahun yang di pimpin oleh adik Mumtasz. Majlis di mulakan dengan acara Mengutip Bola bagi anak-anak 2 tahun. Kemudian, acara di teruskan dengan acara membawa bola dalam sudu dan bouncing ball oleh anak-anak 3 tahun. Acara bagi anak-anak 4 tahun telah di bahagikan kepada tiga iaitu acara explorace, acara memakai baju serta acara bawa bola guna gelung dan tuju botol.

Majlis berehat sebentar untuk menjamu selera sarapan pagi. Majlis di mulakan semula dengan acara bagi ibubapa pula iaitu acara makan buah epal. Acara kedua pula ialah acara Pasangan Serasi. Acara ini memerlukan ibu atau bapa membawa pasangan masing-masing. Peserta di minta untuk mengikat kaki dan berlari sambil membawa big ball. Pasangan yang sampai dahulu di kira sebagai pemenang.

        Acara anak 3 tahun

Acara seterusnya ialah acara Anak Solek Mak. Anak-anak PERMATA yang terlibat diminta untuk menyolek muka ibu mereka menggunakan alat solek yang di bawa sendiri. Solekan  paling banyak warna di kira sebagai pemenang.






Ibubapa dan pendidik sedang menjamu selera

 
Hasil Solekan Anak untuk Mak

Setelah itu, acara di sambung pula dengan acara Lari Guna Tempurung. Peserta diminta untuk berjalan di atas tempurung sampai ke penghujung garisan. Peserta yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Seterusnya ialah acara Lari bawa Bola guna Peha. Acara ini terbuka kepada kaum bapa. Peserta diminta untuk mengepit bola menggunakan peha dan berlari sehingga ke garisan penamat. Siapa yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Setelah selesai semua acara, kini tiba pula untuk acara terbuka iaitu acara Musang Berjanggut. Penyertaan di buka kepada semua ibubapa dan di dalam satu kumpulan mempunyai seramai 4 orang ahli. Peserta diminta untuk mengelas bahan yang telah di gaul di dalam talam dan masa yang di peruntukkan adalah 15 minit. Kumpulan yang paling banyak mengelaskan bahan dikira sebagai pemenang.
Para peserta sedang khusyu' mengasingkan bahan dalam acara Musang Berjanggut.

Akhir sekali adalah acara penyampaian hadiah yang telah di sampaikan oleh Pengerusi PIBP Pokok Sena iaitu Pn Rosilah Osman. Acara di selang dengan cabutan bertuah untuk semua ibubapa.
Acara penyampaian hadiah oleh Pengerusi PIBP, Pn Rosilah

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Penyertaan dari semua ibubapa terutamanya kaum bapa amat memberangsangkan. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan tali silaturahim di antara pendidik dan ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena. Bertemu lagi kita di lain masa.

Assalamualaikum w. b. t.

Friday, 7 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Bertemu kembali kita pada hari ini. Berlalu sudah bulan Mei yang mana terdapat pelbagai sambutan hari dan perayan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Wesak dan juga tidak lupa Pesta Keamatan iaitu Pesta Menuai yang di sambut oleh warga negeri Labuan dan negeri Sabah.

Begitu juga dengan pusat PAPN Pokok Sena yang juga menjalankan pelbagai program bagi meraikan hari tersebut. Pada 16 Mei 2013, pihak pusat telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang bertemakan GGuru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda. Sambutan ini di sambut oleh pendidik bersama anak-anak PERMATA. Pelbagai acara yang telah di susun oleh pendidik untuk di raikan bersama anak-anak PERMATA.

Program ini telah di mulakan dengan nyanyian pagi oleh anak-anak PERMATA bersama pendidik. Kemudian, pendidik membuat persembahan lagu "Guru Malaysia" bagi menghiburkan hati kanak-kanak. Kanak-kanak juga di jemput untuk memberi ucapan kepada pendidik mereka. Setelah selesai, kanak-kanak di bawa ke padang untuk melakukan acara sukaneka bersama dengan pendidik.


 Jamuan ringan bersama anak PERMATA



Setelah selesai sukaneka, sedikit jamuan ringan di sediakan. Kanak-kanak dan pendidik membawa sedikit makanan ringan bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Kanak-kanak bersama-sama dengan pendidik menjamu selera dengan menu Nasi Goreng Ayam dan makanan ringan di samping dua biji kek yang di sumbangkan oleh ibubapa kanak-kanak kepada pendidik.

Sambutan Hari Guru ini adalah bagi menghargai para pendidik PERMATA. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepda semua ibubapa yang memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan kepada semua pendidik. Kami sayang anak-anak PERMATA Pokok Sena.