Saturday, 1 December 2012

Promosi Pergigian untuk Toddlers

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga PERMATA dan pembaca sekalian.

Selamat bertemu kembali.... Sudah agak lama kami tidak update blog ini. untu kali ini, kami ingin berkongsi mengenai Hari Promosi Pergigian untuk Toddlers yang telah diadakan oleh Pejabat dan Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar dan Klinik Pergigian Daerah Pendang pada 18 Oktober 2012. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada ibubapa mengenai kepentingan penjagaan gigi yang boleh di mulakan sejak bayi lagi. Penekanan di berikan kepada kanak-kanak yang berusia 3 dan 4 tahun. Ibubapa kanak-kanak juga di jemput untuk menghadiri Hari Promosi Pergigian yang dijalankan ini.

Pelbagai aktiviti yang telah di rangka oleh Jabatan Kesihatan antaranya ialah Ceramah Pergigian, Pameran Pergigian, Pemeriksaan Kesihatan Gigi Kanak-kanak, Pertandingan Senyum Menawan, Permainan Kotak Beracun, Demonstrasi Cara Memberus Gigi dan Pertandingan Mewarna.

Ceramah yang di berikan telah memberi penekanan kepada cara untuk menjaga gigi kanak-kanak agar ia kekal sihat sehingga kanak-kanak tersebut bertukar kepada gigi kekal.

CERAMAH PERGIGIAN

Pemeriksaan Gigi pula dilakukan setelah selesai ceramah di berikan. Kanak-kanak di bawa berjumpa dengan jururawat sambil di temani oleh ibubapa kanak-kanak. Jururawat akan memberitahu apa masalah gigi yang dihadapi dan risiko berlaku karies gigi serta cara untuk mengelakkan karies berlaku. Sewaktu kanak-kanak di periksa, jururawat akan menilai gigi kanak-kanak yang paling cantik bagi Pertandingan Senyuman Paling Menawan.



PEMERIKSAAN GIGI KANAK-KANAK

Bagi aktiviti Memberus gigi pula, telah dilakukan di dalam kumpulan kecil. Aktiviti ono di lakukan di luar bangunan pusat untuk memudahkan jururawat menunjukkan cara memberus gigi dengan betul. Demonstrasi ditunjukkan oleh jururawat bertugas dan kanak-kanak di bantu oleh ibubapa sewaktu menggosok gigi masing-masing.



AKTIVITI CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL

Manakala, acara Kotak Beracun, telah diadakan untuk kanak-kanak berusia 3 dan 4 tahun. Kanak-kanak di minta untuk memilih barang/gambar di dalam kotak yang disediakan, dan di minta menyebut apa yang di pilih oleh kanak-kanak. Jururawat akan menjelaskan mengenai makan yang di ambil oleh kanak-kanak samada ia baik untuk gigi ataupun tidak.

PERMAINAN KOTAK BERACUN

Di akhir program, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah di berikan kepada kanak-kanak yang menang untuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Senyuman Gigi Menawan serta hadiah cenderahati kepada semua kanak-kanak sebagai tanda kenangan.


PERTANDINGAN SENYUMMENAWAN DAN GIGI TERCANTIK





ANTARA LUKISAN YANG DI PILIH MENJADI PEMENANG

Jutaan terima kasih di ucapkan dari kami warga PAPN Pokok Sena iaitu pendidik dan ibubapa kepada pihak Jabatan Kesihatan terutamanya Doktor yang hadir serta jururawat yang telah bersusah payah dan sudi hadir ke Pusat Anak Permata Negara. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Semoga berjumpa lagi...







No comments:

Post a Comment