Saturday, 1 December 2012

Promosi Pergigian untuk Toddlers

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga PERMATA dan pembaca sekalian.

Selamat bertemu kembali.... Sudah agak lama kami tidak update blog ini. untu kali ini, kami ingin berkongsi mengenai Hari Promosi Pergigian untuk Toddlers yang telah diadakan oleh Pejabat dan Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar dan Klinik Pergigian Daerah Pendang pada 18 Oktober 2012. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada ibubapa mengenai kepentingan penjagaan gigi yang boleh di mulakan sejak bayi lagi. Penekanan di berikan kepada kanak-kanak yang berusia 3 dan 4 tahun. Ibubapa kanak-kanak juga di jemput untuk menghadiri Hari Promosi Pergigian yang dijalankan ini.

Pelbagai aktiviti yang telah di rangka oleh Jabatan Kesihatan antaranya ialah Ceramah Pergigian, Pameran Pergigian, Pemeriksaan Kesihatan Gigi Kanak-kanak, Pertandingan Senyum Menawan, Permainan Kotak Beracun, Demonstrasi Cara Memberus Gigi dan Pertandingan Mewarna.

Ceramah yang di berikan telah memberi penekanan kepada cara untuk menjaga gigi kanak-kanak agar ia kekal sihat sehingga kanak-kanak tersebut bertukar kepada gigi kekal.

CERAMAH PERGIGIAN

Pemeriksaan Gigi pula dilakukan setelah selesai ceramah di berikan. Kanak-kanak di bawa berjumpa dengan jururawat sambil di temani oleh ibubapa kanak-kanak. Jururawat akan memberitahu apa masalah gigi yang dihadapi dan risiko berlaku karies gigi serta cara untuk mengelakkan karies berlaku. Sewaktu kanak-kanak di periksa, jururawat akan menilai gigi kanak-kanak yang paling cantik bagi Pertandingan Senyuman Paling Menawan.



PEMERIKSAAN GIGI KANAK-KANAK

Bagi aktiviti Memberus gigi pula, telah dilakukan di dalam kumpulan kecil. Aktiviti ono di lakukan di luar bangunan pusat untuk memudahkan jururawat menunjukkan cara memberus gigi dengan betul. Demonstrasi ditunjukkan oleh jururawat bertugas dan kanak-kanak di bantu oleh ibubapa sewaktu menggosok gigi masing-masing.



AKTIVITI CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL

Manakala, acara Kotak Beracun, telah diadakan untuk kanak-kanak berusia 3 dan 4 tahun. Kanak-kanak di minta untuk memilih barang/gambar di dalam kotak yang disediakan, dan di minta menyebut apa yang di pilih oleh kanak-kanak. Jururawat akan menjelaskan mengenai makan yang di ambil oleh kanak-kanak samada ia baik untuk gigi ataupun tidak.

PERMAINAN KOTAK BERACUN

Di akhir program, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah di berikan kepada kanak-kanak yang menang untuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Senyuman Gigi Menawan serta hadiah cenderahati kepada semua kanak-kanak sebagai tanda kenangan.


PERTANDINGAN SENYUMMENAWAN DAN GIGI TERCANTIK





ANTARA LUKISAN YANG DI PILIH MENJADI PEMENANG

Jutaan terima kasih di ucapkan dari kami warga PAPN Pokok Sena iaitu pendidik dan ibubapa kepada pihak Jabatan Kesihatan terutamanya Doktor yang hadir serta jururawat yang telah bersusah payah dan sudi hadir ke Pusat Anak Permata Negara. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Semoga berjumpa lagi...







Wednesday, 3 October 2012

SALAM MERDEKA-RAYA

Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri



PAPN Pokok Sena telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2012. Majlis ini bertemakan Merdeka-Raya dan diadakan di pusat sebagai rumah terbuka pusat. Anak-anak PERMATA yang hadir dikehendaki memakai baju raya yang bertemakan kemerdekaan. Majlis ini telah diadakan pada waktu malam. Pelbagai aktiviti yang telah di sediakan antaranya pertandingan pakaian tercantik anak, pertandingan menganyam ketupat dan pertandingan makan baulu.

Bagi aktiviti pertandingan pakaian tercantik anak, pakaian telah dinilai dari segi tema raya dan merdeka serta kemas.

Pertandingan menganyam sarung ketupat palas
Memotong kek sebagai simbolik tema kemerdekaan
Antara pakaian yang telah di pilih sebagai finalis
Anak-anak PERMATA menyanyikan lagu 1 Malaysia
Pendidik dan PPM di PAPN Pokok Sena

Pertandingan menganyam ketupat telah di buka kepada ibu-ibu anak-anak PERMATA. Peserta diminta untuk membuka daun dan menganyam menjadi ketupat palas. Pemenang di pilih berdasarkan kecekapan dan kekemasan balutan daun.

Sementara itu, pertandingan makan baulu pula telah di buka pada bapa-bapa. Peserta di minta untuk menghabiskan baulu dalam masa 2 minit bersama air coke. Pemenang di pilih berdasarkan siapa yang dapat menghabiskan baulu dan air yang telah di beri.

Majlis ini juga telah di meriahkan dengan acara memotong kek, deklmasi sajak oleh ibu adik Ali Reza dan nyanyian lagu 1 Malaysia oleh anak-anak PERMATA.

Majlis di sudahi dengan acara jamuan ringan dan ramah mesra antara pendidik dan ibubapa anak-anak PERMATA yang hadir pada hari itu.

Ribuan terim kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Salam Merdeka-Raya ini terutamanya pendidik dan warga PAPN Pokok Sena.. SAYANG anda semua....

MAJLIS BERBUKA PUASA



Assalamualaikum semua...

Untuk kali ini, PAPN Pokok Sena telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 26 Julai 2012 sempena ulangtahun pertama pembukaan PAPN Pokok Sena. Antara aktiviti yang dijalankan sewaktu majlis ini ialah bacaan surah Yassin, tazkirah dan berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga anak-anak Permata Pokok Sena.

Persiapan untuk majlis ini telah dibantu oleh ibubapa anak-anak PAPN Pokok Sena yang datang membuat penglibatan. Dari pagi, para bapa anak-anak datang membantu memasang khemah untuk majlis berbuka yang akan diadakan pada waktu malam.

Majlis ini telah di mulakan seawal 6.30 petang. Majlis ini di mulakan dengan bacaan surah Yassin oleh pendidik dan ibubapa yang di ketuai oleh Ustaz Ozair. Setelah bacaan surah Yassin di alunkan, masa yang terluang sementara menunggu waktu berbuka, sedikit tazkirah mengenai kelebihan bulan Ramadhan telah diberikan.

Untuk juadah berbuka puasa pula, para ibubapa di minta untuk membawa seorang sedikit kuih-muih sebagai makanan sampingan.

Para bapa memasang khemah

Bacaan surah Yassin

Sunday, 23 September 2012

ROMBONGAN KE ZOO TAIPING



PAPN Pokok Sena telah mengadakan rombongan ke Zoo Taiping pada 7 Jun 2012 sempena tema pembelajaran pada bulan itu yang berkaitan dengan haiwan. Rombongan ini di anjurkan untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan habitat haiwan dan bentuk sebenar haiwan tersebut. Sebanyak dua buah bas yang disewa untuk membawa lebih kurang 30 orang anak-anak PERMATA bersama ibubapa masing-masing diiringi enam orang pendidik pengiring.

PAPN Pokok Sena telah mengambil pakej Fun & Edu learning yang mana pakej ini menyediakan khidmat renjer yang akan membawa para pendidik, kanak-kanak dan ibubapa di dalam Zoo Taiping. Kumpulan kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan kecil agar mudah renjer memberi penerangan bagi setiap haiwan yang ada di Zoo Taiping. Kami telah di bawa melihat habitat haiwan ini dengan berjalan kaki dan menaiki tren yang disediakan oleh pihak Zoo Taiping. Kami dan juga anak-anak PERMATA telah di beri kesempatan untuk memberi makan kepada haiwan walabi.

Banyak informasi yang diperolehi sepanjang keberadaan warga PAPN Pokok Sena di sana. Kami juga boleh bertanyakan soalan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Terdapat pelbagai haiwan yang boleh di lihat seperti burung hantu, monyet, buaya, gajah, ikan arapaima dan banyak lagi jenis haiwan yang jarang dapat di lihat tempat lain.

Setelah habis menjelajah Zoo Taiping, 3 orang renjer tersebut juga membuat aktiviti bersama kanak-kanak iaitu aktiviti mewarna dan membuat pergerakan haiwan. Sebelum pulang, pihak Zoo Taiping telah memberikan cenderahati berupa anak patung karakter haiwan yang comel dan cantik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan aktiviti rombongan ini.