Thursday, 3 January 2013

MAJLIS KONVOKESYEN 2012

Assalamualaikum wbt semua....

Salam Tahun Baru 2013.

Syukur alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk bertemu kembali dan merasa suasana tahun 2013 ini.

Pada kali ini, kita akan berkongsi mengenai gelagat kanak-kanak 4 tahun yang bergraduasi pada 15 Disember 2012 bertempat di Dewan Sekolah Tambun Tulang, Perlis. Majlis konvokesyen ini telah dilaksanakan bersama gabungan PAPN di negeri Perlis iaitu PAPN Tambun Tulang dan PAPN Padang Besar. Alhamdulillah, majlis yang dijalankan telah berjalan dengan lancar dengan kehendak Allah s.w.t seperti yang telah dirancang.

Majlis Konvokesyen ini telah di rasmikan oleh Datuk Seri Shahidan bin Kassim. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perlis dan lagu Satu Malaysia oleh anak-anak PERMATA diikuti dengan bacaan doa oleh bapa kanak-kanak. Anak-anak 4 tahun yang bergraduasi bagi PAPN Pokok Sena adalah seramai 10 orang.

Anak-anak 4 tahun ini telah membuat persembahan dengan membuat gaya untuk lagu "Lompat Si Katak Lompat" dan lagu "AEIOU". Latihan yang di buat oleh kanak-kanak 4 tahun selama beberapa bulan ini amat memuaskan hati dan menghiburkan semua hadirin yang hadir pada hari tersebut.


PERSIAPAN DI BELAKANG PENTAS


PENDIDIK DI PAPN POKOK SENA

Sayang adik-adik semua!!! Jangan di lupakan teacher di sini. Selamat tinggal tahun 2012 yang penuh dengan kisah suka dan duka.. Semoga tahun 2013 ini memberi lebih banyak manfaat kepada semua....

HARI PERKEMBANGAN BLN SEPT 2012

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita pada kali ini. PAPN Pokok Sena membawakan pula cerita mengenai Hari Perkembangan Kanak-kanak yang di adakan pada 27 September 2012.

Pada hari Perkembangan Kanak-kanak ini, ibubapa boleh melihat hasil kerja kanak-kanak yang di hasilkan sewaktu melakukan aktiviti PERMATA setiap hari.

Sewaktu Hari Perkembangan kali ke-2 bagi tahn 2012, ibubapa di beritahu mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Hari Perkembangan ni juga dapat mengeratkan hubungan di antara pendidik dan ibubapa anak-anak PERMATA.

Sehingga bertemu di lain waktu, assalamualaikum..