Sunday, 23 September 2012

ROMBONGAN KE ZOO TAIPING



PAPN Pokok Sena telah mengadakan rombongan ke Zoo Taiping pada 7 Jun 2012 sempena tema pembelajaran pada bulan itu yang berkaitan dengan haiwan. Rombongan ini di anjurkan untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan habitat haiwan dan bentuk sebenar haiwan tersebut. Sebanyak dua buah bas yang disewa untuk membawa lebih kurang 30 orang anak-anak PERMATA bersama ibubapa masing-masing diiringi enam orang pendidik pengiring.

PAPN Pokok Sena telah mengambil pakej Fun & Edu learning yang mana pakej ini menyediakan khidmat renjer yang akan membawa para pendidik, kanak-kanak dan ibubapa di dalam Zoo Taiping. Kumpulan kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan kecil agar mudah renjer memberi penerangan bagi setiap haiwan yang ada di Zoo Taiping. Kami telah di bawa melihat habitat haiwan ini dengan berjalan kaki dan menaiki tren yang disediakan oleh pihak Zoo Taiping. Kami dan juga anak-anak PERMATA telah di beri kesempatan untuk memberi makan kepada haiwan walabi.

Banyak informasi yang diperolehi sepanjang keberadaan warga PAPN Pokok Sena di sana. Kami juga boleh bertanyakan soalan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Terdapat pelbagai haiwan yang boleh di lihat seperti burung hantu, monyet, buaya, gajah, ikan arapaima dan banyak lagi jenis haiwan yang jarang dapat di lihat tempat lain.

Setelah habis menjelajah Zoo Taiping, 3 orang renjer tersebut juga membuat aktiviti bersama kanak-kanak iaitu aktiviti mewarna dan membuat pergerakan haiwan. Sebelum pulang, pihak Zoo Taiping telah memberikan cenderahati berupa anak patung karakter haiwan yang comel dan cantik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan aktiviti rombongan ini.