Majlis Kesyukuran ini telah di adakan pada 22 September 2011. Majlis ini di adakan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran sempena pembukaan Pusat Anak Permata Negara. Majlis ini diadakan dengan kerjasama dari pihak ibubapa kanak-kanak dan pendidik PERMATA.
Makanan yang dihidangkan pada malam tersebut adalah disediakan oleh ibubapa kanak-kanak sendiri. Ibubapa telah bergotong-royong menyiapkan makanan untuk malam tersebut. Majlis ini juga diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pendidik PERMATA dengan ibuapa kanak-kanak dan juga sesama ibubapa itu sendiri. ia juga meruakan salah satu aktiviti yang melibatakan masyarakt setemat di Desa KEDA Batu 13, Pokok Sena, Kedah.
Friday, 7 October 2011
Dekorasi di dalam PAPN Pokok Sena
Dekorasi yang di hias di sekitar Pusat Anak PERMATA Negara Pokok Sena adalah berdasarkan kepada enam bidang pembelajaran yang ditekankan dalam mendidik dan mengasuh anak-anak PERMATA. Setiap sudut yang di pilih telah di hias bersesuaian mengikut bidang pembelajaran. setiap sudut juda telah di letakkan beberapa perabot dan alat pembelajaran bersesuaian dengan sudut berkenaan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini telah diraikan bersama dengan kanak-kanak pada 7 September 2011. Kanak-kanak di minta hadir ke sekolah dengan memakai pakaian raya. Kanak-kanak hadir dengan memakai pakaian raya yang berwarna-warni dan ceria. berikut adalah gambar-gambar kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.
Monday, 26 September 2011
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA POKOK SENA
Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Pokok sena terletak di Desa KEDA, Batu 13, Pokok Sena, Kedah. Pusat ini telah dirasmikan oleh YABhg Datin Seri Rosmah Mansor pada 28 Julai 2011.
Pondok
water play
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh PERMATA. Antara kemudahan yang disediakan ialah titi hayun, kolam mandi untuk 'water play', tempat bermain pasir, alat permainan luar dan alat permainan dalam seperti 'gym set' dan bola kandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)